suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Daulat Tuanku" kapsyen Tengku Puteri Iman Afzan dapat belasan ribu 'like'

PUTERI Sultan Pahang Tengku Puteri Iman Afzan memuat naik gambar kedua ayahanda dan bondanya di Instagram dengan kapsyen "Daulat Tuanku".

Puteri Iman Afzan memuatnaik gambar ayahandanya Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah dan bonda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar selepas dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Jan 2019.

Puteri berusia 25 tahun itu meletak kapsyen "Daulat Tuanku #YDPA16".

Posting tersebut menerima tanda suka 13,653 sehingga pagi Jumaat.


Manakala Tengku Panglima Besar Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang merupakan putera sulung Sultan Abdullah membuat posting di  Instagram dengan kapsyen "Untuk Allah, Untuk Raja dan untuk negara."

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, 23, dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang dan istiadat pemasyhurannya akan diadakan pada 29 Januari ini di Istana Abu Bakar.

Beliau kini sedang menjalani latihan di Akademi Tentera Diraja Sandhurst di Britain.


Tengku Hassanal mempunyai pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan St Thomas, Sekolah Persediaan Caldicott dan Sekolah Sherborne di Britain.

Tahun lalu Tengku Hassanal menerima ijazah Perhubungan Hubungan Antarabangsa dari Geneva Sekolah Diplomasi di Switzerland.

Puteri Iman Afzan

Artikel Lain