suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lokman Adam bebas dengan jaminan polis

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Presiden Pemantau Malaysia Baru (PMB) itu yang ditahan pada Khamis, dilihat meninggalkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada pukul 10.30 pagi, Jumaat.

Dia ditahan pada Khamis setelah dipanggil oleh Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman setelah dikaitkan dengan siasatan di bawah seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Dia ditahan semalaman di IPD Dang Wangi.

Sejurus pembebasan itu, dia bertemu sekumpulan penyokongnya termasuklah Datuk Seri Jamal Yunos.

Sewaktu ditemui media di luar IPD, Lokman berkata dia bersyukur setelah dibebaskan sekaligus membolehkan dia menghadiri hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Sabtu ini.

"Saya cuma nak cakap, berapa kali pun masuk lokap, perjuangan ini akan diteruskan.

"Saya dilayan dengan baik oleh polis, saya sanjung profesionalism mereka," katanya. - The Star.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain