Allahyarham Bakhtiar alami sesak nafas, muntah - Isteri

Balu Adun Semenyih, Basirah Sardiq Muhammad, 49, (kanan) ditenangkan anggota keluarga ketika pengurusan jenazah suaminya, Bakhtiar Mohd Nor, Jumaat.

SEMENYIH: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih Allahyarham  Bakhtiar Mohd Nor yang meninggal dunia awal pagi Jumaat akibat serangan jantung, turut menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Isteri Allahyarham, Basirah Sardiq Muhammad, 49, berkata suaminya turut mengalami komplikasi buah pinggang sejak dua tahun lepas.

Menceritakan detik-detik akhir bersama suaminya, Basirah berkata suaminya terjaga daripada tidur dan mengadu mengalami sesak nafas pada kira-kira pukul 3 pagi tadi, sejam selepas pulang daripada mengikuti aktiviti di surau berdekatan.

“Pukul 3 lebih dia bangun pergi bilik air dan muntah, Yang Berhormat (YB) cakap dia sesak nafas, dia tak boleh bernafas dan suruh kejutkan anak lelaki hantar ke hospital,” katanya.

Basirah berkata setibanya di Hospital Kajang keadaan Allahyarham bertambah lemah dan doktor yang merawatnya turut memberikan bantuan pernafasan sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 4.45 pagi.

Beliau yang tidak dapat mengawal perasaan menyifatkan suaminya yang berusia 57 tahun itu seorang yang sangat penyayang dan baik.

“YB seorang yang baik, baik sangat-sangat… YB seorang yang sangat penyayang, YB baru dapat cucu sulung,” katanya.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari (tengah) menziarahi jenazah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Bakhtiar Mohd Nor di Batu 19, Jalan Sungai Lalang, Kolam Memancing Teratak Tekala, Semenyih, Jumaat.

Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali yang turut menziarahi jenazah mengucapkan takziah atas pemergian Allahyarham yang disifatkannya sebagai satu kehilangan besar kepada negara.

Setiausaha Politik kepada perdana menteri, Abu Bakar Yahya turut hadir menziarahi jenazah serta menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham.

“Saya hadir ke sini mewakili Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyampaikan ucapan takziah dan sedikit sumbangan bagi memudahkan urusan keluarga,” katanya.

Turut menziarahi jenazah ialah Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan beberapa exco kerajaan negeri. Allahyarham meninggalkan dua anak perempuan dan tiga anak lelaki berumur antara 9 hingga 29 tahun.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir dekat sini selepas solat Jumaat.-- Bernama  

Bakhtiar, Semenyih, Azmin

Artikel Berikut

Lokman Adam bebas dengan jaminan polis

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain

Bapa Afdlin Shauki meninggal dunia