suria

Penjawat awam terima RM500 esok - Guan Eng

PUTRAJAYA: Bayaran khas sebanyak RM500 yang dibayar esok, 18 Disember akan  memanfaatkan 1.4 juta penjawat awam kerajaan persekutuan, merangkumi pegawai lantikan tetap serta pegawai kontrak, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

"Kerajaan memutuskan untuk membayar sebelum hujung tahun bagi membantu ibu bapa dalam kalangan penjawat awam dengan persiapan untuk persekolahan anak mereka menjelang tahun baharu,” katanya dalam satu kenyataan Isnin.

Pada masa yang sama, katanya kerajaan juga akan membuat bayaran khas sebanyak RM250 kepada hampir 800,000 pesara bagi mengenangkan khidmat bakti mereka.

Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019 pada 2 November lepas mengumumkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah dan sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.

Dalam pada itu, Guan Eng berkata sungguhpun bayaran khas tersebut yang akan menelan perbelanjaan sebanyak RM1 bilion tidak diperuntukkan lebih awal dalam Belanjawan 2018, namun kerajaan Pakatan Harapan masih boleh mencari wang menerusi penjimatan dengan menjalankan pentadbiran yang bersih serta Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT).-- Bernama

RM500, Guan Eng

Artikel Berikut

Artikel Lain