Nurul Izzah letak jawatan naib presiden PKR - Semasa | mStar

Nurul Izzah letak jawatan naib presiden PKR

PETALING JAYA: Nurul Izzah Anwar meletak jawatan Naib Presiden PKR dan melepaskan posisinya sebagai pengerusi PKR Pulau Pinang.

Perkara itu diumumkan menerusi satu kenyataan media, pada Isnin.

Nurul Izzah bagaimanapun masih lagi mengekalkan jawatannya Ahli Parlimen Permatang Pauh.

"Apa yang saya kesalkan, pengumuman ini sepatutnya dibuat lebih awal, namun ia bukanlah satu keputusan yang mudah bagi saya.

"Dengan perkembangan politik yang tidak menentu selama sembilan bulan terakhir, pemilihan parti serta kempen pilihan raya yang memenatkan.

"Sekarang saya ada peluang untuk memilih di mana saya harus berada dalam perkara berkaitan politik ini, saya memutuskan untuk melakukan perkara yang betul. Saya ucapkan selamat maju jaya buat kepimpinan parti," ujar Nurul Izzah.

Nurul Izzah juga memaklumkan beliau tidak lagi  berkhidmat dengan kerajaan persekutuan atas sebarang kapasiti.

Sebelum ini anak presiden PKR itu dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET).

Ahli Parlimen Permatang Pauh ini berkata, kepemimpinan PKR sudah dimaklumkan mengenai keputusannya itu.

"Tugas saya sebagai anggota parlimen untuk rakyat Permatang Pauh akan diteruskan sehingga tamat penggal, juga kekal sebagai anggota biasa PKR.

"Saya juga tidak lagi berkhidmat dengan kerajaan persekutuan atas sebarang kapasiti. Mengenai kedudukan saya dalam syarikat berkaitan kerajaan Pulau Pinang, ia terserah kepada pimpinan parti," katanya.

Langkah melepaskan jawatan itu juga, kata wanita berusia 38 tahun itu bagi memberi peluang kepadanya menilai kedudukannya dalam politik untuk membuat keputusan yang betul.

Berikut merupakan kenyataan penuh Nurul Izzah.

The 9th of May has been a watershed for many reasons. A peaceful transition at federal power took place, and Malaysians saw the enlargement of their democratic space for reforms to be initiated.

To what end will come of the successful completion of the promised reform agenda by Pakatan Harapan remains to be seen - as such, it remains crucial that all stakeholders continue pressing for the fulfillment of the reforms, as well as the continuation of policies and programs of the previous government if proven to be beneficial for the rakyat.

My journey in politics began in 1998 - more as a political awakening, and eventually as part of the central leadership of the People’s Justice Party. I thank the members of KEADILAN for according me the opportunity to serve them all this while.

There are beliefs and ideals I hold dear and I feel that I can be most true to them by taking this course of action I am now announcing.

I am resigning as Vice President of the People’s Justice Party, and relinquish my appointment as the Chair of KEADILAN Penang. The leadership has been informed of my decision.

My work as elected representative for the people of Permatang Pauh and as a legislator will continue until my term expires. I will also remain as an ordinary member of KEADILAN.

I will also no longer serve the federal government in any capacity. I leave the decision as to my role in the Penang state level government linked companies to the party leadership.

I remain a member of the parliamentary backbench committed to reforms. I also leave to the leadership the decision as to my status as a member of the Public Accounts Committee (PAC). I had earlier relinquished my post as Chair of the Bills Committee in favor of the PAC.

But I will continue my advocacy work as an ordinary citizen and Member of Parliament for Permatang Pauh.

My only regret is that I should have made this announcement sooner, but it has not been an easy decision to arrive at. The pace of political developments has been relentless for the last nine months, with party elections following a gruelling general election campaign.

Now that I have had the chance to take stock of where I stand in relations to politics, I am resolved to doing the right thing.

I wish the leadership and the party the very best.- The Star.

Nurul Izzah Anwar , PKR

Artikel Sebelum

Penjawat awam terima RM500 esok - Guan Eng

Artikel Berikut

Lebih Artikel