suria

Mampu pikat lebih setengah juta pengikut laman sosial, dedah Tasnim; "Ada harga yang perlu dibayar"

Tasnim kini sedang melanjutkan pelajaran dalam jurusan Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

MEMILIKI lebih setengah juta pengikut di laman sosial membuktikan personaliti ini bukan calang-calang orang, malahan ia sekaligus membawa tuah buat gadis muda ini.

Menerusi temubual bersama mStar Online, pelajar dan juga model, Tasnim Shah berkata, perubahan terbesar dalam hidupnya adalah pendapatan yang dijana hasil populariti yang dimiliki di laman Instagram.

"Perubahan terbesar tentunya dari segi pendapatan. Kebanyakan rezeki saya datang melalui Instagram. Dengan jumlah pengikut yang dimiliki, ramai client yang mahu bekerja dan berkoloborasi.

Biarpun masih bergelar pelajar, dia mampu menjana pendapatan sendiri dan tidak perlu membebankan keluarga.

"Sejujurnya pengikut laman sosial adalah salah satu punca rezeki saya. Tapi jumlah itu tak penting, yang lebih utama bagaimana kita guna platform itu untuk perkara bermanfaat.

"Alhamdulillah dengan pendapatan yang dimiliki, saya makin berdikari dan tidak lagi menyusahkan keluarga untuk menyara hidup," ujarnya penuntut jurusan Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

[Pada saya, sebagai wanita, kita kena lebih berdikari dan lebih kuat, barulah kita boleh tingkatkan nilai diri kita]

[Tasnim Shah]

[ Pelajar/Model ]

Namun, benarlah kata orang, setiap apa yang dimiliki, ada 'harga' yang perlu dibayar. 

Akui gadis berusia 20 tahun ini, memiliki pengikut ramai tidaklah seindah yang dibayangkan.

"Lebih pahit dari manis," ujarnya ringkas mengulas kesan populariti yang diterimanya.

Katanya lagi, ia menyebabkan dia menjadi lebih berhati-hati, ditambah pula dengan keadaan masyarakat hari ini yang begitu cepat menularkan sesuatu perkara.

Tasnim memilih untuk lebih berhati-hati agar tidak dikenali kerana perkara yang negatif.

"Setiap kata-kata, setiap kelakuan harus dijaga. Silap je satu langkah, terus orang viralkan. Meskipun viral tu bagus untuk menaikkan nama, saya tak suka kalau viral sebab tak elok. Biarlah orang kenal kita kerana pencapaian atau benda bagus yang kita lakukan," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, keterbatasan sebagai pelajar juga tidak menghalang gadis ini untuk meneroka pasaran global apabila dia turut diberi peluang berkoloborasi dengan jenama besar dari luar negara.

Malah, dia juga berpeluang membuat kempen untuk jenama seperti McDonalds, Laneige, HSBC Bank, Cetpahil dan banyak lagi.

Ujar gadis ini, pendidikan adalah perkara paling penting buat dirinya.

Selain paparan mengenai dirinya di Instagram, Tasnim juga mahu menyampaikan mesej kepada pengikutnya bahawa populariti bukanlah segala-galanya.

Ujar Tasnim, pendidikan adalah perkara paling penting dan dia juga mahu menjadi wanita yang berdikari.

"Pada saya, sebagai wanita, kita kena lebih berdikari dan lebih kuat, barulah kita boleh tingkatkan nilai diri," katanya.

Bercerita mengenai masa depan, Tasnim yang kini mengumpul lebih 500,000 pengikut meletakkan dirinya sebagai usahawan berjaya yang mempunyai latar belakang undang-undang, dalam tempoh lima tahun akan datang.

Tasnim bersyukur kerana kehadiran pengikut yang ramai juga menjadi punca rezeki buat dirinya.

Tasnim Shah, Instafamous

Artikel Berikut

Artikel Lain