suria

Kita hormati apa jua keputusan MCA - Zahid

Ahmad Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya akan menghormati sebarang keputusan yang dibuat oleh MCA sama ada untuk keluar atau kekal dalam gabungan itu.

"Saya tidak menerima sebarang permohonan rasmi daripada mereka tetapi kita akan menghormati apa jua keputusan mereka kerana ia adalah salah satu daripada parti utama kita," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat BN bersama para anggota Dewan Negara mewakili parti itu di sini, Ahad.

Keputusan untuk kekal sebagai parti komponen BN adalah antara topik dalam perbahasan pada mesyuarat agung tahunan (AGM) MCA.

ARTIKEL BERKAITAN: MCA mahu BN bubar - Ka Siong

Ahmad Zahid berkata, jika MCA meninggalkan BN, parti itu mempunyai rancangan untuk memenangi pengundi Cina.

"Saya tidak mahu menghuraikan apa rancangan itu tetapi kita tahu bahawa tidak semua orang Cina menyokong parti yang kini menjadi sebahagian daripada Kerajaan sekarang," katanya, merujuk kepada DAP.

Ahmad Zahid juga berkata, BN bersedia untuk bekerjasama dengan parti-parti politik yang berasaskan Cina sekiranya MCA memutuskan untuk meninggalkan parti itu.

"Ada banyak yang sedia bekerjama dengan kita," katanya.

MCA telah menjadi rakan sekutu yang lama dalam BN sejak ia bekerjasama dengan Umno untuk bertanding dalam pilihan raya perbandaran Kuala Lumpur pada 1952, sebagai sebahagian daripada Perikatan. - The Star

Ahmad Zahid Hamidi, MCA, BN

Artikel Lain