suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amanah sedia terima ahli PAS yang mahu lompat parti - Mat Sabu

Mohamad Sabu.

PETALING JAYA: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu menegaskan parti itu tidak akan menyenarai hitamkan Ahli Parlimen PAS yang mahu menyertai Amanah jika parti Islam itu dan Umno bersatu.

Mohamad mengkritik PAS dan Umno yang mahu mahu bekerjasama meskipun tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRK14), Mei lalu.

"Mereka 'berbisik' bersama mengenai kerjasama walaupun ketika saya bersama PAS suatu ketika dulu.

"Mereka fikir saya yang ketika itu timbalan presiden PAS tidak tahu mereka berbisik antara satu sama lain (mengenai kerjasama)?," soal Mohamad.

Mohamad yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian pada majlis pelancaran konvensyen Amanah Selangor pada Ahad.

Pada sidang akhbar kemudian, Mohamad berkata dia 'berdoa' Umno dan PAS tidak bersatu secara rahsia.

"Saya mahu mereka bersatu," kata Mohamad.

Mat Sabu, PAS

Artikel Sebelum

Empat 'Superman' ditahan

Artikel Berikut

Artikel Lain