Jho Low guna nama sama - Semasa | mStar

Jho Low guna nama sama

SEPANG: Ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dipercayai menggunakan nama yang sama pada pasport negara Saint Kitts and Nevis yang dimilikinya, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.

"Kita dapati beliau masih gunakan nama yang sama (Low Taek Jho) pada pasport itu," katanya.

Katanya adalah menjadi satu kesalahan sekiranya seorang warganegara Malaysia memiliki dua pasport.

"Di negara ini kita tidak mengamalkan dua kerakyatan , setiap rakyat mesti memiliki hanya satu kerakyatan dan satu pasport Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas meninjau proses prapelepasan jemaah haji oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan pihak berkuasa Arab Saudi di sini malam Sabtu.

Katanya pihaknya terus menjalinkan kerjasama dengan dengan pihak berkuasa imigresen di seluruh dunia selain penglibatan pihak polis, interpol dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) dalam menjejaki Jho Low.

Beliau berkata pasport Jho Low juga telah dibatalkan oleh Jabatan Imigresen pada 15 Jun atas permintaan SPRM berhubung penyiasatan mereka terhadap skandal 1MDB.

St Kitts and Nevis adalah sebuah negara terdiri daripada dua pulau yang terletak di antara Lautan Atlantik dan Laut Caribbean, di Amerika Tengah.

Carian di beberapa laman sesawang mendapati individu yang berminat boleh memohon mendapatkan pasport dan kerakyatan dengan melabur di dalam negara itu, seperti di dalam sektor hartanah yang diluluskan kerajaan. - BERNAMA

Jho Low , 1MDB , pasport

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Apandi tolak jadi ahli MT Umno

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain