suria

‘Tak perlu masuk hospital untuk raih simpati’

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan bahawa Pakatan Harapan merancang untuk memasukkannya ke hospital sebelum hari pengundian pada 9 Mei ini bagi meraih undi simpati.

Mengulas mengenai kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata Barisan Nasional menyedari drama tersebut, Dr Mahathir berkata "Saya tidak perlu masuk hospital untuk raih simpati rakyat."

Pengerusi Pakatan Harapan itu turut mendakwa beliau melakukan kesilapan menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

"Saya minta maaf. Itulah kesilapan terbesar saya. Saya ingin memperbetulkan kesilapan ini dengan mencabarnya pada pilihan raya ini.

Malah bekas perdana menteri itu juga membidas PAS yang didakwanya menerima sogokan daripada Umno.

Beliau berkata parti Islam itu bertanding di banyak kerusi bukan kerana ingin memenangi PRU14 atau membentuk kerajaan.

"PAS hanya mahu memastikan mereka yang tidak berpihak kepada Barisan akan menyokong dan memberi undi kepada parti itu," katanya.

Tun M, PRU14

Artikel Lain