Lepas diajar hidup susah, ada 'perjanjian' antara anak & Aliff Syukri

PETALING JAYA: Selepas mengundang kontroversi kerana meninggalkan anak-anak di rumah orang lain untuk didedahkan dengan cara hidup susah, nampaknya ada berita baik buat usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Kini, ketiga-tiga anak jutawan itu, Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6, akan lebih berdikari dengan membuat kerja rumah tanpa bergantung sepenuhnya kepada pembantu rumah semata-mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri ‘tinggal’ anak ajar hidup susah

Menurut Aliff di laman sosial Instagramnya pada Selasa malam, beliau membaca setiap komen positif dan negatif susulan video-video dirinya mahu mengajar anaknya supaya hidup susah, baru-baru ini.

“Saya akur sebab setiap ibu bapa ada cara didikan anak dia sendiri... setuju tak?

“Selepas kejadian tempoh hari... Baem Adham (Ibraheem), Ammar Ahyan dan Qadejah akan basuh toilet sendiri, mandi sendiri, makan dengan banyak, basuh pinggan sendiri dan bangun jam 7 pagi tanpa perlu digerak lebih dua kali,” katanya.

Selain itu, terdapat 'perjanjian' yang harus dipersetujui anak-anak Aliff sebagaimana yang dipaparkan dalam program realitinya, Oh! Abang Kosmetik, di mana antaranya tiga beradik itu perlu bersiap lebih awal untuk ke kelas mengaji dan perlu terus mandi sekiranya terlewat balik dari sekolah.

Pada Ahad malam lalu, Aliff memuat naik dua video di akaun Instagramnya, menunjukkan ketiga-tiga anaknya dihantar ke sebuah rumah, dipercayai selama seminggu untuk belajar bagaimana hidup susah dan berdikari.

Menerusi dua video tersebut, kelihatan anak bongsu Aliff, Baem menangis kerana ditinggalkan oleh usahawan itu dan isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid di sebuah rumah yang tidak diketahui lokasinya.

Walaupun hanya kedengaran Baem menangis, namun dua lagi anak pasangan itu, Ammar dan Qadejah turut dilihat bersedih. 

Aliff dan Nur Shahida bersama tiga anak mereka. Foto instagram aliffsyukriterlajaklaris

Dua video tersebut mengundang kecaman netizen yang menyifatkan tindakan itu keterlaluan untuk mengajar anak yang masih kecil, tetapi Alif kemudian memberi penjelasan mengenai sebab beliau berbuat demikian.

“Kenapa saya hantar sebab nak mereka belajar hidup berdikari, pandai makan dan basuh pinggan, pandai kemas katil, pandai urus diri. 

“Di rumah saya semua kerja diuruskan oleh pembantu rumah... siap dengan pemandu, pengawal peribadi, tukang kebun. Jadi, dia (anak-anak) tak rasa susah macam saya rasa,” katanya.

Sehubungan itu Aliff berharap tindakannya itu tidak dibuat perbandingan kerana setiap ibu bapa mempunyai cara mereka masing-masing dalam mendidik anak.

Aliff Syukri

Artikel Sebelum

Nak pukat ikan jumpa Myvi

Artikel Berikut

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain

Bapa Afdlin Shauki meninggal dunia