suria

Tragedi Tahfiz: Jenazah Dijangka Dibawa Keluar Petang Ini

KUALA LUMPUR: Jenazah 23 mangsa yang maut dalam tragedi kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat di sini dijangka hanya dibawa keluar dari unit forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada petang Jumaat selepas bedah siasat.

Waris mangsa, dipercayai tiba seawal pukul 8 pagi di rumah mayat, duduk bersebelahan premis dengan pintunya ditutup.

Dilaporkan keputusan mengenal pasti mangsa hanya dikeluarkan seawal pukul 3.30 petang.

Sebanyak 11 jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatussakinah di Batu Caves, manakala empat lagi jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Jalan Ampang.

Empat lagi jenazah akan dikebumikan di Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Perak.

Pada pagi Khamis, kebakaran berlaku di tingkat atas pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Seramai 21 pelajar, berusia antara 13 dan 17 tahun, serta dua guru terbunuh.

Pihak berkuasa masih belum mengenal pasti punca kebakaran.

Darul Quran Ittifaqiyah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tragedi Pondok Pak Ya Berulang

Artikel Lain