suria

Sah! Nombor Akaun Bank Milik Tahfiz

Keadaan kerosakan bangunan asrama Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung yang terlibat dalam kebakaran sehingga mengorbankan 21 pelajar dan dua warden awal pagi Khamis. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah mengesahkan nombor akaun CIMB Bank yang tular di laman sosial merupakan nombor akaun rasmi mereka.

Wakilnya, Mohamad Affandi Hamzah mengesahkan perkara itu susulan pihaknya menerima aduan daripada beberapa pihak yang memberitahu nombor akaun itu adalah palsu.

"Nombor akaun 8602299587 atas nama Darul Quran Ittifaqiyah adalah benar merupakan akaun rasmi kami. Memang nombor akaun itu benar tapi kami tidak pernah minta bantuan dan sumbangan daripada sesiapa. Namun kalau ada pihak yang hendak derma, kami terima," katanya kepada Bernama.

Beliau yang merupakan kerani tahfiz berkata, pihaknya menerima banyak pertanyaan daripada orang ramai yang ingin mendapatkan pengesahan mengenai nombor akaun pusat tahfiz berkenaan.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak yang prihatin membantu kami termasuk orang awam, persatuan dan NGO dari luar Kuala Lumpur yang sanggup datang ke sini," katanya.

Sementara itu tinjauan Bernama mendapati orang ramai masih lagi memenuhi perkarangan tahfiz berkenaan untuk melihat kesan kejadian termasuk pelbagai pihak yang berhasrat menghulur bantuan.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang merupakan warden tahfiz terkorban dalam kebakaran 5.15 pagi Khamis. - Bernama

Darul Quran Ittifaqiyah

Artikel Sebelum

Tragedi Pondok Pak Ya Berulang

Artikel Berikut

Misteri Tong Gas Di Asrama Tahfiz

Artikel Lain