suria

Dua Anak Polis Mangsa Tragedi Tahfiz

Sebahagian jemaah Surau Al-Madrasatul Ittifaqiyah membaca surah Yassin untuk 23 mangsa yang terlibat dalam tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung awal pagi Khamis.
 -fotoBERNAMA

PETALING JAYA: Seramai 21 orang pelajar dan dua warden Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Hujung telah dikenal pasti.

Turut terkorban dalam tragedi yang berlaku pukul 5.15 pagi Khamis adalah dua anak anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, F.Zaska Yusoh iaitu Azkar Abiedi berusia 11 tahun dan adiknya, Azkar Dariemi,8.

Sebelum ini dikenal pasti tiga beradik yang turut meninggal dunia adalah Muhammad Hafiz Iskandar Sulaiman,11, Muhammad Harris Ikhwan,10, dan Muhammad Syafik Haikal,13 tahun.

Manakala dua warden asrama yang terlibat ialah Mohd Yusuf Md berusia 26 tahun dan Mohd Amrul Nizam Sakarno,25 tahun.

Berikut adalah senarai penuh nama mangsa yang terkorban dalam kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Dato Keramat, pagi Khamis.

1. Muhammad Danieal Md Amin, 14

2. Ahmad Rijal Mohammad Rodzi, 13

3. Muhammad Hasrullah Ismaik, 14

4. Muhammad Haikal Abdullah, 12

5. Muhammad Aidil Aqmal Mohd Zamzuri, 10

6. Muhammaf Fahmie Abdullah, 11

7. Muhammad Afiq Haqimie Hairulizwan, 11

8. Muhammad Aiman Ramzanudin, 12

9. Azkar Dariemi F. Zaska, 8

10. Nik Muhammad Ridzuan Bin Nik Azlan

11. Azkar Abiedi F. Zaska, 11

12. Umar Al Khatab Helmi, 6

13. Amiel Asyraaf Abd Rasid, 11

14. Muhammad Nizammudin Nasrun, 13

15. Muhammad Hafiz Iskandar Sulaiman, 11

16. Muhammad Harris Ikhwan Mohd Sulaiman, 10

17. Muhammad Taufik Hidayat Norazizan, 16

18. Ahmad Harith Adam Mohd Nor Hadi, 12

19. Muhammad Hazim Ahmad Nor, 13

20. Muhammad Syafik Haikal Abdullah, 13

21. Muhammad Zattulah Roslan, 11

22. Mohd Yusuf Md, 26

23. Mohd Amrul Nizam Sakarno, 25

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain