suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPRM Pantau Guru Besar, Pengetua Di Sabah

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memantau dan menyiasat beberapa guru besar dan pengetua di Sabah sejak dua tahun lalu.

Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul berkata, perkara itu merupakan antara isu yang dibincangkan semasa Pengarah SPRM, Sabah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap mengunjungi jabatan itu pada Rabu.

"Kita berbincang mengenai beberapa guru besar dan pengetua yang disyaki terlibat dengan kes-kes berkaitan rasuah tetapi tiada angka disebut di dalam mesyuarat," katanya pada majlis di sini, Khamis.

"Kita menggesa pegawai-pegawai SPRM untuk memberi taklimat kepada pegawai pendidikan daerah bagi memastikan mereka berada di landasan yang betul," katanya.

Maimunah menggesa guru dan kakitangan dalam perkhidmatan pendidikan supaya mengisytiharkan aset mereka, mengelakkan daripada bercuti di luar negara dan tidak memberi projek atau tender kepada ahli keluarga.

Beliau berkata, dengan mengisytiharkan aset yang mungkin diwarisi dari generasi ke generasi, individu tidak akan disyaki terlibat dalam kegiatan meragukan yang mungkin menyaksikan mereka memperoleh pendapatan luar biasa.

"Kita mahu kakitangan dan pegawai kita berintegriti, tidak menyalahgunakan kuasa mereka dan mengangkat martabat jabatan," katanya.


SPRM, Maimunah Suhaibul

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain