suria

Kementerian Kesihatan Siasat Insiden Tersalah Potong Ketika Berkhatan

Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan memulakan siasatan terhadap insiden kesilapan ketika menjalani prosedur berkhatan terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di sebuah klinik di Taman Cheras Utama baru-baru ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, laporan polis telah dibuat mengenai perkata tersebut.

"Satu laporan telah dibuat dan siasatan akan dibuat. Kementerian juga menjalankan siasatan sendiri, "katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Dilaporkan bahawa bahagian kepala kemaluan budak lelaki itu terpotong ketika porsedur berkhatan menggunakan kaedah laser dijalankan pada 20 Disember lalu.

Selepas prosedur itu berlaku, doktor memberitahu kepada bapa mangsa, kepala kemaluan kanak-kanak itu telah terpotong secara tidak sengaja.

Bapa mangsa kemudian membawa anaknya ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, sebelum disarankan untuk menjalani rawatan penyambungan semula di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Difahamkan, pembedahan telah berjaya.

Selepas menjalani rawatan, bapa mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kecuaian yang dilakukan doktor terbabit. 

Doktor terbabit itu juga turut membuat laporan berhubung kejadian itu dan mengakui kemalangan telah berlaku semasa prosedur.

Ditanya sama ada klinik telah diarah tutup atau mana-mana tindakan yang belum selesai terhadap doktor yang bertanggungjawab untuk pembedahan itu, Dr Noor Hisham berkata, siasatan masih dijalankan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nayan mengesahkan kes tersebut.

Sumber terdekat mendedahkan bahawa klinik itu telah beroperasi sejak 2006 tetapi tidak berdaftar dengan kementerian.

"Pentadbiran klinik telah memfailkan permohonan untuk didaftarkan dalam talian tetapi prosesnya tidak lengkap" kata sumber itu.

Berkhatan, silap laser

Artikel Berikut

Artikel Lain