suria

Najib Ucap Tahniah Kepada Xi Jinping

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapannya pada mesyuarat delegasi Malaysia bersama Presiden China, Xi Jinping di Rumah Tamu Negara Diaoyutai, Khamis. -fotoAFP
BEIJING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Presiden China, Xi Jinping kerana dinaikkan kedudukan oleh Parti Komunis China sebagai pemimpin utama parti itu.

Perdana menteri, dalam ucapannya pada mesyuarat delegasi Malaysia bersama Xi di Rumah Tamu Negara Diaoyutai, beliau percaya di bawah pimpinan Xi, ia akan melonjakan China ke hadapan dan memenuhi impian rakyatnya.

Dalam menyatakan penghargaan atas layanan mesra dan resepsi oleh kerajaan China kepada delegasi Malaysia, Najib menyifatkan lawatan rasminya ke negara itu telah menempa kejayaan yang amat besar.

"Wawasan anda mengenai perkongsian strategik yang menyeluruh di bawah inisiatif One Belt, One Road dan Laluan Sutera Maritim bukan sahaja diterima malah dilaksanakan," katanya.

Sementara itu, Xi pula memuji Najib dalam usahanya mempertingkatkan hubungan dua hala ke tahap yang terbaik dan semakin meningkat bagi mencapai tahap baharu yang lebih tinggi.


Beliau berkata hubungan Malaysia dan China perlu terus diperkukuhkan dalam pelbagai bidang.

Xi, yang turut menyampaikan salam buat Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, berkata beliau amat gembira melihat visi di bawah kerjasama strategik komprehensif antara Malaysia dan China telah tercapai.

Sementara itu, pada sidang media dengan wartawan Malaysia, Najib berkata beliau turut memaklumkan kepada Xi bahawa usaha Malaysia untuk menwujudkan Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) adalah antara usaha Malaysia menterjemahkan dasar 'Satu Jalur, Satu Jalan' China, serta 'One Belt, One Road' China.

Pembinaan Pelabuhan Kuantan dan Melaka Getaway pula untuk dasar Laluan Sutera Maritim di Abad ke-21 negara itu, katanya.

Beliau berkata pada pertemuannya dengan Xi itu, beliau turut menjemput Xi untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada tahun depan, memandangakan lawatan rasmi pertama Xi adalah pada 2013.

Lawatan Xi itu nanti bertetapan dengan perasmian cawangan universiti awam China di Malaysia, iaitu Universiti Xiamen yang dijangka siap suku pertama tahun depan.

Katanya beliau telah menerima jemputan Xi untuk menghadiri Persidangan 'Belt Road' pada Mei tahun depan yang turut dihadiri oleh negara-negara lain.

Beliau berkata perbincangannya dengan Xi juga turut meliputi kerjasama ketenteraan dalam usaha menangani keganasan, isu Laut Cina Selatan dan pembinaan tapak Sukan Winter 2022 oleh syarikat Malaysia Genting Forest Secret.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain