suria

Adik-Beradik Bertemu Semula Selepas 80 Tahun Terpisah

Pansy Lim (kanan) gembira dapat bertemu adiknya, Tan Keng Seng.
MELAKA: Selepas terpisah hampir lapan dekad akibat persengketaan keluarga pada 1936, siapa sangka dua adik-beradik akhirnya dapat bertemu semula.

Pansy Lim, 84, dan adik lelakinya Tan Keng Seng, 83, telah 'dipisahkan' apabila ibu bapa mereka bercerai.

Lim yang pada ketika itu berusia lima tahun telah dibawa ke Melaka oleh bapanya, manakala Ken Seng yang berusia empat tahun tinggal bersama ibunya, yang kemudian menyerahkannya kepada keluarga angkat di Pulau Pinang, di mana beliau turut menggunakannya nama keluarga angkat sebagai nama keluarga sekarang.

Lim yang masih mengingati saat ketika bermain dengan adiknya telah meminta anak-anaknya mencari Keng Seng sejak 1990-an 'berbekalkan' sekeping gambar hitam dan putih yang disimpannya.

Mereka juga telah mengiklankan gambar itu di sebuah akhbar vernakular sebagai salah satu usaha mencari Ken Seng.


Walau bagaimanapun, tiada berita yang diterima sehinggalah baru-baru anak sulung Lim, Mak Yen Ling, 58, menerima satu panggilan dari Pulau Pinang. Pemanggil memberitahu bahawa beliau mengenali mendiang neneknya.

Anak Lim kemudian pergi ke Pulau Pinang dan akhirnya berjaya bertemu dengan Keng Seng, yang kini tinggal di Betong, Thailand, semasa cuti Deepavali baru-baru ini.

"Kami berjaya menghubungi bapa saudara saya dan satu pertemuan telah diatur di rumahnya di Thailand," kata Yen Ling, Khamis.

Adik lelaki Yen Ling, Mak Chee Kin, 53, berkata pertemuan itu berlaku dengan penuh emosi dan air mata.

"Dalam pertemuan itu, kami semua menangis teresak-esak dan telah berbual panjang dengan bapa saudara kami yang lama terpisah. Kami tidak pernah membayangkan akan bertemu dengannya," katanya.

Chee Kin berkata, beliau bangga dengan bapa saudaranya yang kini merupakan seorang tokoh terkenal di Betong kerana sering melakukan kerja amal di sekolah-sekolah dan kuil-kuil.
adik-beradik, hubungan keluarga

Artikel Berikut

Artikel Lain