suria

Berhenti Salahkan Sekolah Vernakular - MCA

Gambar hiasan.

PETALING JAYA: Penutupan sekolah vernakular atas nama perpaduan nasional tidak akan menangani punca perpecahan, kata MCA.

Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata sekolah vernakular sering dipersalahkan secara tidak adil kerana tidak menggalakkan perpaduan nasional.

Beliau berkata terdapat banyak faktor yang menyebabkan perpecahan kaum tetapi menyalahkan sistem pendidikan itu tidak akan menyelesaikan masalah.

"Apabila ia melibatkan topik perpaduan, sekolah vernakular sering dipersalahkan kerana tidak menggalakkan perpaduan nasional.

"Namun, berapa ramai yang meneliti sistem sekolah kebangsaan dan mengetengahkan amalan dan faktor yang terlalu banyak menyebabkan perpecahan sosial dan nasional di kalangan golongan muda?," katanya dalam satu kenyataan.

Ti berkata jika tanggapan terhadap perkara itu semakin berleluasa, sekolah vernakular akan menerima nasib sama seperti dialami sistem pendidikan bahasa Inggeris.

"Pada ketika itu, sekolah Inggeris merupakan sekolah perdana di negara ini. Semua ibu bapa mahu anak mereka belajar di sekolah Inggeris," katanya.


Artikel Lain