suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Individu Dibebaskan Selepas Disoal Siasat

PUTRAJAYA: Tiga individu yang direman bagi membantu siasatan dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan dana RM15 juta dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini.

Peguam Abi Mursyidin Awal yang mewakili salah seorang individu yang ditahan berkata mereka dibebaskan selepas disoal siasat pegawai penyiasat pada Jumaat.

Beliau berkata tiada permohonan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melanjutkan tempoh reman terhadap mereka.

"Oleh itu, mereka telah dibebaskan," kata Abi Mursyidin kepada pemberita.

Katanya, ketiga-tiga lelaki yang dibebaskan itu termasuk seorang pengarah sebuah syarikat penerbitan dan bekas eksekutif sebuah bank berkaitan kerajaan.

Ketiga-tiga suspek disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.


SPRM, penyelewengan dana, RM15 juta

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain