Semangat Kesalingan Dalam Umno Pacu Kecemerlangan Memimpin Rakyat - TPM - Semasa | mStar

Semangat Kesalingan Dalam Umno Pacu Kecemerlangan Memimpin Rakyat - TPM

Ahmad Zahid (tengah) bersalaman dengan perwakilan pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Bahagian Langkawi pada Jumaat. -fotoBERNAMA

LANGKAWI: Semangat saling menghormati dan membantu yang telah lama wujud dalam kalangan pemimpin dan anggota Umno, mampu memacu kecemerlangan parti untuk terus bersama rakyat, kata Naib Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata semangat kesalingan ini semakin penting semasa Umno menghadapi ujian getir untuk membuktikan keupayaannya mengekalkan keyakinan rakyat.

"Kita perlu terus bersama pemimpin, sama ada semasa senang atau susah kerana kita adalah pengikut yang taat setia kepada parti," kata Ahmad Zahid, yang turut menjalankan tugas Timbalan Presiden Umno semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Langkawi di sini Jumaat.

Menurutnya Umno yang akan mencecah usia 70 tahun pada tahun depan sudah menghadapi banyak pengalaman apabila pemimpin-pemimpinnya menghadapi pelbagai dugaan yang menguji keupayaan mereka untuk terus menerajui parti dan memimpin rakyat.

"Hanya pemimpin yang mempunyai daya tahan, daya juang dan daya saing yang tinggi sahaja yang dapat melepasi ujian ini," katanya.

Umno , Ahmad Zahid Hamidi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain