suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa Adun Direman Tujuh Hari Bantu Siasatan Kes Rasuah

GEORGE TOWN: Bapa seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Pinang direman tujuh hari bermula Jumaat untuk membantu siasatan kes rasuah bagi mendapatkan rumah mampu milik di negeri ini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah (Jenayah) Muna Maria Azmi selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  mengemukakan permohonan.

Pesara berusia 68 tahun itu tiba di Bahagian Reman pada 11.20 pagi dan keluar kira-kira 50 minit kemudian.

Tahanan reman itu akan berakhir pada 8 September ini.

Lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Pada Khamis, SPRM menahan lelaki itu bagi membantu siasatan dakwaan kes rasuah untuk mendapatkan rumah mampu milik di negeri ini.

Isu urusan 'rasuah untuk rumah' itu terbongkar Isnin lepas, apabila Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong mendedahkan klip video yang memaparkan rakaman perbincangan mengenai pembayaran untuk mendapatkan rumah kerajaan negeri. - BERNAMA

SPRM, kes rasuah, Adun Pulau Pinang

Artikel Lain