suria

Najib Terima Sumbangan 592 Lembu Korban Bagi Parlimen Pekan

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat menerima sumbangan 592 ekor lembu korban daripada 19 syarikat untuk sambutan Aidiladha di kawasan Parlimen Pekan.

Ia disampaikan dalam satu majlis akad penyerahan oleh wakil syarikat berkenaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Antara syarikat yang menyumbang ialah Sapura Holdings Sdn Bhd,  NAZA Group of Companies, JL99 Group, Pertubuhan Peladang Kebangsaan, Ahmad Zaki Resources Berhad dan Kini Unggul Sdn Bhd.

Turut menyampaikan sumbangan ialah Roadcare (M) Sdn Bhd, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd dan Zetro Aerospace Corporation Sdn Bhd.

Haiwan berkenaan seterusnya akan disumbang kepada masjid, surau, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang melaksanakan ibadah korban di kawasan Parlimen Pekan.

Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 12 September. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain