suria

Perak Hadiah Pangsapuri Kepada Jun Hoong

Cheong Jun Hoong.

IPOH: Kerajaan Perak menghadiahkan sebuah pangsapuri bernilai RM320,000 kepada pemenang pingat perak Sukan Olimpik, Cheong Jun Hoong di atas pencapaiannya.

Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahaya berkata pangsapuri itu yang kini sedang dibina di Taman Meru dijangka siap sepenuhnya pada 2018.

"Saya harap dia dapat unit yang berhadapan kolam renang supaya dia boleh melakukan terjunan sempurna dari sana," kata Shahrul Zaman dalam nada berseloroh  pada majlis mengumumkan ganjaran kepada Jun Hoong.

"Keputusan mengenai pemberian insentif ini diputuskan dalam mesyuarat exco negeri.

"Kerajaan negeri juga akan memberikan wang insentif RM15,000 kepadanya," kata Shahrul Zaman.

Projek Pangsapuri Casa Kayangan dibangunkan oleh Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak.


Artikel Lain