Konsert Keamanan Rapat Saf Wajah Baharu Sambutan Maal Hijrah 1438 - Semasa | mStar

Konsert Keamanan Rapat Saf Wajah Baharu Sambutan Maal Hijrah 1438

KUALA LUMPUR: Menyatukan suara keamanan dari rantau Asean dalam mempromosi nilai kesederhanaan Islam sebagai Addin bukan perkara mudah.

Selepas Tregedi 11 September, fenomena Islamophobia bukan sahaja menjejaskan reputasi Islam di Barat, malah turut merebakkan stigma di kalangan penduduk bukan Islam dalam komuniti Asean.

Islamophobia memasuki era lebih kritikal berikutan ancaman keganasan Daesh di Asia Barat dan Eropah serta wujudnya gerakan bersenjata pro Daesh di beberapa negara Asean.

"Islam mewakili hampir 45 peratus populasi Asean yang didiami 800 juta penduduk. Adalah penting sebagai agama terbesar dalam rantau ini, Islam menjadi kerangka utama dalam membina hubungan keamanan di kalangan warga Asean," kata Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Izelan Basar.

Oleh itu, jelas Izelan, TV Alhijrah mengambil inisiatif menganjurkan Konsert Rapatkan Saf Keamanan Sempena 1438 pada 2 Oktober ini.

"Maal Hijrah tidak wajar dijadikan sekadar perayaan Tahun Baharu yang hanya sehari. 1438 Hijrah wajar dijadikan Tahun Keamanan. TV Alhijrah berusaha ke arah itu," katanya.

Konsert muzikal Islami bertema keamanan itu akan membabitkan persembahan artis dari sepuluh negara Asean dan akan dipancarkan secara langsung di TV Alhijrah.

"Kami menawarkan siaran langsung ini secara percuma kepada semua stesen televisyen tempatan serta rakan penyiaran seluruh Asean terutama di Indonesia," katanya.

Konsert selama dua jam itu akan dipancarkan dari Studio ABS Cyberjaya dalam usaha TV Alhijrah menjadikan bandar raya spot digital itu sebagai kota seni berteknologi tinggi dan bernafas Islami.

"Senarai artis persembahan akan kami umumkan segera sebaik sahaja urusan dan rundingan selesai," katanya.

Adalah difahamkan, nama-nama besar seperti Ebiet G Ade, Iwan Fals, Opick, Ramli Sarip, M. Nasir serta artis muda Islami seperti Al Mawlid dan Caravan Of Praise berada dalam senarai utama.

Konsert Amal , Islam , Asean , Daesh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

KJ Mahu Dedah Kandungan Pendrive

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain