suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Laporan Polis Dibuat Terhadap Pemain Pokemon Go Halang Lalu Lintas, Bising

GEORGE TOWN: Beberapa pemain Pokemon GO di Lebuh Acheh dan Lebuh Cannon di sini terkejut apabila sepasukan pegawai polis membuat pemeriksaan ke atas mereka berikutan aduan bunyi bising dan gangguan lalu lintas di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata laporan telah diterima daripada penduduk mendakwa bahawa aktiviti-aktiviti pemain Pokemon GO telah mencetuskan  gangguan di kawasan ini yang sebelum ini aman damai.



"Saya telah mengarahkan anggota polis trafik mengeluarkan saman kepada pemain yang tidak berdisiplin meletakkan kenderaan atau motosikal mereka di bahu jalan, menyebabkan kesesakan lalu lintas di sepanjang Lebuh Acheh dan Lebuh Cannon.

"Polis juga telah menasihatkan pemain supaya tidak membuat bising, yang boleh mengganggu ketenteraman awam dan kedamaian penduduk di kawasan sekitar Lebuh Acheh.

"Saya tidak melihat sebarang kesalahan untuk bermain Pokemon GO, tetapi kami akan menasihati mereka," katanya kepada pemberita semasa operasi pada Selasa.

Artikel Lain