suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukit Aman Nafi Keluarkan Amaran Kelab Malam

KUALA LUMPUR: Bukit Aman nafi menggesa orang ramai supaya tidak mengunjungi pusat hiburan termasuk kelab malam susulan kenyataan terdapat lapan lagi grenad atau bom tangan milik militan Negara Islam (IS) di negara ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Datuk Ayob Khan berkata, walaupun polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati, mereka tidak mahu mengganggu kehidupan atau rutin harian orang ramai.

Ayob mengulas laporan sebuah saluran berita yang mendakwa beliau menggesa rakyat supaya tidak mengunjungi pusat hiburan.

"Saya telah disalah petik dalam perkara itu," katanya.

Ayob berkata, polis telah menemui dua bom setakat ini dan masih terdapat lapan bom tangan yang masih aktif.

Satu telah digunakan dalam kejadian pada 28 Jun di Puchong manakala sebutir lagi ditemui Johor.

Tambah beliau polis percaya bahan letupan berkenaan diseludup ke negara ini.

"Kami sedang mengumpul maklumat perisikan untuk mengesan bom-bom berkenaan," katanya.

Artikel Lain