suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amanah Tidak Akan Dapat Kerusi Kelantan

KOTA BARU: PAS Kelantan tidak akan memberi sebarang kerusi kepada Parti Amanah Negara (Amanah) pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Mohd Amar berkata Amanah bukan satu ancaman kepada PAS Kelantan dan mengatakan bahawa parti itu tidak akan tewas kepada Barisan Nasional (BN).

"Kami tidak akan duduk dengan Amanah untuk membincangkan mengenai pertandingan satu lawan satu dengan BN dalam pilihan raya akan datang," kata Mohd Amar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Hari Sayiddatina Khadijah di sini pada Selasa.

"Adalah menjadi dasar parti untuk tidak mengaitkan diri kita dengan Amanah. Amanah boleh menjadi ancaman, tetapi kami bersedia untuk berhadapan cabaran pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

PAS, Amanah

Artikel Sebelum

Artikel Lain