suria

Biro Penerangan Umno Sedang Dirombak

Tan Sri Annuar Musa
JOHOR BAHRU: Biro Penerangan Umno sedang menjalani rombakan utama untuk tujuan pengukuhan supaya parti mampu berdepan dengan cabaran semasa.

Ketuanya yang baharu dilantik, Tan Sri Annuar Musa berkata ahli-ahli daripada biro itu telah dibebaskan daripada tugas mereka bermula Sabtu bagi membolehkan penyusunan biro dapat dilakukan secara menyeluruh.

"Kami telah menghantar surat pelantikan untuk menjemput ahli yang dipilih menyertai biro ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Tebrau di sini.

Beliau berkata biro itu akan memberi tumpuan kepada merapatkan jurang antara mereka yang berpengalaman dan ahli-ahli muda.

Artikel Lain