Sekat Jamal 'Baju Merah' Bukti Tidak Selektif - Adenan - Semasa | mStar

Sekat Jamal 'Baju Merah' Bukti Tidak Selektif - Adenan

Adenan menyampaikan cek pampasan tanah kepada seorang daripada 783 penerima yang tanah mereka terlibat di dalam pelaksanaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo bagi Bahagian Sibu. -fotoBERNAMA

SIBU: Sekatan terhadap empat individu termasuk pemimpin Umno yang dikaitkan dengan protes 'baju merah' di Kuala Lumpur daripada memasuki Sarawak pada Khamis membuktikan kerajaan negeri tidak berat sebelah mengenai perkara itu, kata Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

"Ini adalah jawapan kepada dakwaan Chong bahawa kita hanya menyekat (pemimpin) dari pihak pembangkang," kata Adenan pada sidang media di sini, Khamis.

Sebelum ini Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mengkritik Adenan kerana hanya menafikan kemasukan pemimpin pembangkang ke negeri ini.

Terdahulu, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar dan pemimpin perhimpunan 'baju merah', Datuk Jamal Md Yunos menjadi individu terbaharu yang dihalang daripada memasuki Sarawak.

Adenan Satem , Jamal Md Yunos

Artikel Sebelum

Wanita, Bayi Dibunuh Di rumah

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain