suria

Lelaki Rentung Kereta Terbakar Di Plaza Tol Lebuhraya Sprint

PETALING JAYA: Seorang lelaki rentung selepas kereta BMW yang dinaikinya terbakar di plaza tol Lebuhraya Sprint di Damansara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, menurut seorang kakitangan di plaza tol, mangsa memberhentikan keretanya di laluan Touch 'n Go pada kira-kira pukul 4 pagi Selasa.

Katanya, pemandu yang dipercayai mabuk kemudiannya keluar dari keretanya dan duduk di kerusi penumpang hadapan sebelum tidur di dalam kereta dengan enjin dihidupkan.

"Kakitangan plaza tol cuba mengejutkan lelaki berkenaan tetapi kereta dikunci dan tingkap ditutup rapat," kata Mohd Zani.

Tambahnya, kira-kira sejam kemudian, enjen kereta terbakar dan kebakaran merebak dengan cepak sehingga mengakibatkan lelaki rentung.

Mohd Zani berkata, polis sedang mengenal pasti identiti mangsa.


Artikel Sebelum

Artikel Lain