suria

Pekerja Chalet Jumpa Rangka Manusia Mongoloid

Gambar hiasan.

BESUT: Satu rangka manusia dipercayai ras Mongoloid dijumpai pekerja sebuah chalet ketika sedang menggali lubang di Tanjung Pukas, Pulau Perhentian Besar di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah berkata pekerja chalet itu turut menemukan tengkorak yang dipercayai sebahagian daripada rangka berkenaan.

"Pekerja chalet itu membuat laporan di pondok polis Pulau Perhentian kira-kira jam 9 pagi selepas beberapa jam menemui rangka dan tengkorak berkenaan ketika menggali lubang kira-kira 50 meter dari pantai.

"Unit Forensik kemudian dipanggil bagi membantu siasatan dan mengesahkan yang rangka serta tengkorak tersebut merupakan rangka seorang lelaki yang dianggarkan telah bertahun-tahun tertanam di situ", katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Katanya sampel tulang rangka dan tengkorak itu kemudiannya dihantar ke Hospital Daerah Besut bersama-sama serpihan tulang lain dipercayai tulang jari kaki, tangan dan muka yang turut ditemui di sekitar kawasan berkenaan. - BERNAMA


rangka manusia, ras Mongoloid

Artikel Lain