suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pembangkang Letak Syarat Kerjasama Dengan Dr M

Nurul Izzah Anwar.

PETALING JAYA: Pakatan pembangkang hanya akan bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya beliau ikhlas dan komited untuk melakukan pembaharuan, kata Nurul Izzah Anwar.

Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah portal berita bahawa beliau akan mengadakan sidang media yang turut disertai Dr Mahathir pada Jumaat.

"Pembangkang dan Dr Mahathir hanya berkongsi agenda yang sama - untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak daripada jawatannya.

"Namun ini tidak bermakna melepaskan Dr Mahathir daripada penyalahgunaan kuasa dan salah laku, termasuk gagal mengurus ekonomi dengan baik" katanya.

Pada Isnin lalu, Dr Mahathir mengumumkan keluar Umno buat kali kedua.

Beliau meninggalkan Umno pada Mei 2008 selepas didakwa hilang keyakinan terhadap kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjadi perdana menteri dan presiden Umno ketika itu.

Pada 2009, beliau kembali menyertai Umno apabila Najib dilantik sebagai perdana menteri.


Nurul Izzah, PKR, Dr Mahathir

Artikel Lain