Risda Buat Laporan Polis Berhubung Pecah Amanah Lebih RM15 Juta - Semasa | mStar

Risda Buat Laporan Polis Berhubung Pecah Amanah Lebih RM15 Juta

KOTA KINABALU: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) hari ini membuat laporan polis terhadap sebuah firma guaman atas dakwaan pecah amanah wang pendahuluan RM15,545,400 berkaitan cadangan pembelian 2,428 hektar tanah di Tongod, dua tahun lalu.

Laporan itu dibuat oleh Pengerusi Risda Datuk Zahidi Zainul Abidin bersama-sama pegawai undang-undang dan pegawai kanan Risda di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di sini pada kira-kira 12 tengah hari.

Bercakap kepada pemberita, Zahidi berkata pihaknya telah menghantar notis meminta firma guaman berkenaan memulangkan wang pendahuluan itu memandangkan pembelian tanah terbabit tidak dapat diteruskan, namun sehingga kini tiada respons.

"Kami melihat mereka seolah-olah tidak berminat menyerahkan semula wang deposit itu dan kami beranggapan bahawa mereka telah melakukan suatu kesalahan pecah amanah dan tindakan harus diambil," katanya.

Jelasnya, Risda membayar wang pendahuluan 10 peratus itu pada Julai 2014 melalui firma guaman yang dilantik itu bagi pembelian tanah bernilai RM155,454,000 di Tongod, kira-kira 265km dari sini, untuk tujuan penanaman getah sebagai usaha mengembangkan potensi pekebun kecil.

Bagaimanapun, katanya, Risda tidak jadi membeli tanah itu apabila dimaklumkan Pejabat Tanah negeri bahawa status geran tanah yang terletak di Sungai Pinangah dan Sungai Labau itu tidak boleh ditukar kerana ia adalah 'tanah pribumi'.-- Bernama

Risda , Tongod , Zahidi Zainul Abidin

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain