suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nombor Telefon Bimbit Terbaharu Huan Digodam

Huan menunjukkan mesej yang menawarkan perkhidmatan seks kepadanya.

BUTTERWORTH: Seorang lagi ahli politik mendakwa nombor telefon bimbitnya telah digodam.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan pada Selasa berkata tiga nombor telefon bimbitnya telah digodam beberapa bulan lalu dan nombor terbaharu turut dijadikan sasaran.

"Ini nombor telefon bimbit keempat saya dan ia tiada data mudah alih. Saya percaya saya menjadi sasaran kerana banyak memberi komen di Facebook.

"Saya fikir mereka dapat mengesan nombor telefon bimbit terbaharu saya menerusi Facebook," katanya pada sidang media di Konsul Kehormat Nepal di Pulau Pinang di sini.

Huan yang juga Konsul Kehormat Nepal berkata beliau menerima lebih 1,000 mesej menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan Whatsapp sehari yang menawarkan seks dan wang.

Pada Isnin, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata beliau menerima banyak panggilan dan mesej selepas nombor telefon bimbitnya muncul dalam sebuah iklan perkhidmatan seks.



Artikel Lain