suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Pengerusikan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara

Najib Tun Razak.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Bangunan Perdana Putra di sini.

Mesyuarat kira-kira dua jam itu turut dihadiri antaranya Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Md Zin, bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar dan bekas Panglima Angkatan Tentera Jen (B) Tan Sri Mohamed Hashim Mohd Ali.

Najib dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan mesyuarat MKN itu untuk membincangkan langkah keselamatan yang telah diambil dan perkembangan terkini termasuk insiden keganasan terbaru di Jakarta, Indonesia minggu lepas.

Beliau juga meminta rakyat Malaysia supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebar maklumat tidak sahih yang boleh mencetus kebimbangan umum berhubung tahap keselamatan negara.

Perdana Menteri juga berkata agensi keselamatan negara telah diarah untuk meningkatkan lagi usaha menangani kemungkinan ancaman keganasan di negara ini susulan serangan pengganas di beberapa bandar besar dunia. - BERNAMA

Najib Tun Razak, MKN

Artikel Lain