suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nasib Kassim Ahmad Diketahui 22 Februari Ini

Kassim Ahmad.

PUTRAJAYA: Mahkamah Tinggi Syariah akan memutuskan sama ada untuk menarik dakwaan terhadap bekas aktivis politik, Kassim Ahmad bulan depan.

Kassim, 83, didakwa menghina Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama pada 2014 dan didakwa mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997.

Hakim Syarie Azzeman Omar menetapkan 22 Februari untuk keputusan kes tersebut.

Terdahulu di mahkamah, peguamnya Rosli Dahlan ketika berhujah berkata ketua pendakwaan syarie perlu mematuhi keputusan Mahkamah Rayuan pada 21 Disember tahun lalu.

Beliau berkata selagi keputusan Mahkamah Rayuan bahawa pendakwaan terhadap Kassim adalah tidak sah, tuduhan yang dikenakan kepada anak guamnya tidak berasas dan patut ditarik balik.

"Oleh itu, anak guam saya perlu dibebaskan mengikut Seksyen 96 (g) Akta Tatacara Jenayah Syariah," katanya.


Kassim Ahmad, Mahkamah Syariah

Artikel Lain