suria

Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Dalam Taufan Nona - Wisma Putra

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada warganegara Malaysia terlibat dalam Taufan Nona yang membadai wilayah Samar dan Bicol di Filipina baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, Wisma Putra menasihatkan warganegara Malaysia yang berada di Filipina supaya berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Manila.

"Kementerian akan terus memantau situasi di Filipina dan akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini dari semasa ke semasa," menurut kenyataan tersebut.

Taufan Nona yang juga dikenali sebagai Taufan Melor membadai Filipina pada Isnin dengan tiupan angin berkelajuan sehingga 150 ksj berserta hujan lebat.

Ia mengakibatkan banjir, tanah runtuh dan ribut petir yang menyebabkan ratusan ribu penduduk terpaksa dipindahkan.

Taufan Melor, Wisma Putra

Artikel Lain