suria

Isu Kadar Tol: Tiada Perbincangan, Keputusan Dibuat Di Peringkat Kabinet Sehingga Kini

PUTRAJAYA: Tiada sebarang perbincangan mahupun keputusan dibuat di peringkat jemaah menteri mengenai isu kenaikan kadar tol sehingga kini, demikian menurut Kementerian Kerja Raya.

Kementerian itu dalam kenyataan pada Rabu, berkata berdasarkan kepada perjanjian konsesi, sebanyak lapan lebuh raya tersenarai layak untuk menerima kenaikan kadar tol pada tahun depan.

Menurut kementerian itu, kerajaan perlu membayar pampasan dianggarkan melibatkan peruntukan sebanyak RM593 juta sekiranya kenaikan kadar tol itu tidak dipersetujui oleh kerajaan.

"Kementerian menyedari beban kewangan ditanggung rakyat ketika ini, justeru kerajaan akan berusaha mencari penyelesaian dengan mengadakan rundingan dan persetujuan bersama syarikat-syarikat konsesi," kata kenyataan itu.

Dalam proses rundingan, Kementerian Kerja Raya berkata beberapa perkara dan parameter perlu diberi perhatian seperti mengurangkan beban pengguna lebuh raya sebagai pembayar tol, obligasi syarikat konsesi terhadap pemberi pinjaman/ pemegang bon, serta obligasi dan kepentingan pihak kerajaan.

"Prinsip asas kepada rundingan ini adalah berpaksikan kepada situasi menang-menang antara kerajaan dan syarikat konsesi," kata kementerian itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Koperal Polis Mati Dibelasah

Artikel Lain