Isu Warga Asing: Jangan Hanya Batal Lesen Di Jalan Petaling, Jalan Alor - Semasa | mStar

Isu Warga Asing: Jangan Hanya Batal Lesen Di Jalan Petaling, Jalan Alor

KUALA LUMPUR: Pembatalan lesen ke atas peniaga yang didapati melanggar peraturan perniagaan dengan menyewakan premis mereka kepada warga asing tidak seharusnya tertumpu kepada Jalan Petaling dan Jalan Alor semata-mata tetapi perlu dilaksanakan di seluruh Kuala Lumpur.

Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon berkata, pihaknya bersetuju sekiranya kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana peniaga yang didapati melakukan aktiviti berkenaan.

"Tetapi ia tidak patut hanya menyasarkan Petaling Street (Jalan Petaling) dan Jalan Alor. Ia sepatutnya melibatkan seluruh Kuala Lumpur.

"Ini termasuk Chow Kit, Jalan Ampang dan mana-mana premis yang mengamalkan penyewaan lesen tersebut," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan lesen serta-merta ke atas peniaga di Jalan Petaling yang didapati melanggar peraturan perniagaan dengan menyewakan premis mereka kepada warga asing.

Pada Ahad, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, selain Jalan Petaling, tindakan sama dibuat terhadap Jalan Alor di Bukit Bintang.

Sin Woon berkata, usaha membanteras salah laku berkenaan perlu dilakukan secara menyeluruh dengan memantapkan aspek penyiasatan.

"Ia bukan hanya mengambil gambar atau nampak macam muka pekerja asing, kita terus batalkan (lesen), bukan begitulah.

"Pemeriksaan perlu dibuat lebih teliti supaya kita adil kepada semua masyarakat peniaga di Kuala Lumpur," katanya.

MCA , Jalan Petaling

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain