suria

60 Mangsa Banjir Ditempatkan Di Pusat Pemindahan Di Kuala Muda

Anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) turun dari bot memberi bantuan kepada penduduk kampung yang dilanda banjir kilat pada Ahad. Lebih 10 kawasan di sekitar daerah Kuala Muda dilanda banjir kilat selepas hujan lebat turun sejak pukul 3 petang. -fotoBERNAMA
SUNGAI PETANI: Sebanyak 60 mangsa daripada 11 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir Dewan Kampung Jerung di sini setakat 8 pagi Isnin berikutan banjir kilat yang berlaku sejak Ahad.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda Lt Muda (PA) Azahar Ahmad berkata, mangsa terlibat ialah dari Kampung Jerung, Kuala Ketil daerah Kuala Muda yang dipindahkan sejak awal pagi Isnin.

Sebanyak 17 anggota Jabatan Pertahanan Awam serta beberapa anggota dari Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kebajikan Masyarakat terlibat dalam operasi memindahkan mangsa.

Lebih 10 kawasan di sekitar Kuala Muda di sini, dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat sejak kira-kira, 3 petang semalam.

Antara kawasan terjejas ialah Hospital Sultan Abdul Halim, Taman Nuri, Taman Serindik, Air Mendidih dan Jalan Batu Lintang Kampung Hutan Gelam.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain