suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua NGO Buat Laporan Polis Siasat Nurul Izzah

KUALA LUMPUR: Dua badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar bertemu Jacel H. Kiram, anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III.

Persatuan Kebangsaan Anak Polis Malaysia (PKAPM) dan Gabungan NGO-NGO Malaysia meminta pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap Nurul Izzah kerana 'mengkhianati rakyat Malaysia', terutama ahli keluarga anggota polis yang terkorban di Lahad Datu semasa pencerobohan perairan negara pada 2013.

Presiden PKAPM, Mohammed Duranny Izham berkata pihaknya kecewa, sedih dan marah dengan tindakan Nurul Izzah, yang boleh dianggap seperti berkomplot dengan musuh negara.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu dengan diiringi kira-kira 50 anggota dari NGO terbabit.

Nurul Izzah Anwar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Obama Berlepas Pulang

Artikel Lain