suria

Obama Berlepas Pulang

KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pada Ahad berlepas pulang ke tanah air dari Malaysia selepas menghadiri mesyuarat berkaitan ASEAN bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-27.

Pesawat Air Force One yang membawa beliau berlepas dari pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang, yang terletak di pinggir Kuala Lumpur, pada kira-kira 5.20 petang.

Yang turut hadir untuk mengucapkan selamat jalan kepada Presiden ialah Menteri Pendidikan Malaysia yang juga Menteri Pengiring Datuk Seri Mahdzir Khalid, Duta Amerika di Malaysia Joseph Yun serta pegawai kanan Kementerian Luar Malaysia.

Ini merupakan lawatan kedua Obama ke Malaysia, dengan lawatan negara pertama pada April 2014.

Antara aturcara beliau sejak tiba di ibu negara Malaysia ini termasuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat ke-3 dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-10.

Obama turut berucap pada Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN  2015 dan menghadiri sesi 'townhall' dengan kira-kira 500 pemimpin muda di bawah Inisiatif Alumni Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI).

Presiden turut melawat pusat pendidikan amal bagi pelarian dan kanak-kanak daripada keluarga miskin bandar di Kuala Lumpur.

Barack Obama, Asean

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain