suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Puteri' Sulu Dakwa Dilabel Sebagai Pengganas

Jacel Kiram (kanan) bersama Nurul Izzah.

PETALING JAYA: 'Puteri' Sulu, Jacel H. Kiram Hasan mendakwa bahawa dia kini dilabelkan sebagai pengganas oleh rakyat Malaysia yang "terdesak" dalam cubaan untuk memberikan justifikasi mengenai tuntutan mereka terhadap Sabah.

"Dalam satu cubaan untuk menjustifikasi rampasan tanah Sabah, rakyat Malaysia yang terdesak menggelarkan Puteri Jacel Kiram yang menawan, tersenyum manis, mudah didekati sebagai seorang pengganas," kata Jacel menerusi halaman Facebooknya.

Tulisan lain di 'posting' beliau dalam bahasa Tagalog.

Jacel turut menyalin artikel The Star mengenai kemungkinan Nurul Izzah Anwar akan dikenakan tindakan sebagai ahli parlimen kerana didakwa tidak setia kepada negara. 

Khamis lalu, media sosial digemparkan dengan sekeping gambar yang memaparkan Nurul Izzah bersama Jacel sambil memegang poster "Release Anwar Immediately".

Nurul Izzah mempertahankan pertemuannya dengan Jacel, dengan mendakwa bahawa ia diaturkan oleh pihak berkuasa Filipina semasa lawatan delegasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 9 November lalu. Beliau menegaskan bahawa senarai tetamu telah diputuskan oleh tuan rumah.

Jacel merupakan anak kepada Sultan Sulu Jamalul Kiram III yang mengarahkan pencerobohan di Lahad Datu pada 2013.



Artikel Sebelum

Obama Kecam Serangan Di Mali

Artikel Lain