suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Kanak-Kanak Maut Ketika Cari Kepah

TUMPAT: Dua kanak-kanak lelaki, yang dikhuatiri lemas ketika mencari kepah di lagun Pantai Seri Tujoh di sini semalam, ditemui maut tidak jauh dari tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor Penolong Penguasa Bomba Bustan Karudin berkata mayat mangsa pertama Mohd Faiz Haikal Mohd Firdaus, 8, ditemui terapung pada pukul 7.55 pagi ini kira-kira 20 meter dari tebing pantai.

Mayat mangsa kedua pula, Khairul Nizam Zulkifli, 10, ditemui pukul 10.40 pagi lebih kurang 100 meter dari tebing dan kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat, katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Pada Jumaat, keterujaan empat sahabat mencari kepah di lagun Pantai Sri Tujoh di Kampung Sungai Tapang di sini berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka dikhuatiri mati lemas selepas berlaku air pasang di lagun itu.

Dalam kejadian pukul 2 petang itu, kedua-dua mangsa, Mohd Faiz Haikal dan Khairul Nizam dilaporkan hilang ketika cuba untuk kembali ke tebing.

Dua lagi rakannya, Mohd Aiman Masoho, 11, dan Mohd Fairuz Ikhwan Abdullah, 10, terselamat dalam kejadian itu.

Kepah, Lemas

Artikel Sebelum

Artikel Lain