suria

Seorang Maut, Lima Parah Dalam Kemalangan

SUNGAI PETANI: Seorang maut manakala lima cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta jenis Proton Wira dan Honda City di Taman Berangan dekat sini, kira-kira pukul 10 malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata, mangsa yang maut di tempat kejadian dikenali sebagai S. Pavithran, 18, yang merupakan penumpang belakang kereta Proton Wira tersebut.

Pemandu Proton Wira terbabit, K. Saravanan, 33, dan penumpang belakang, S. Kanesram, 21, mengalami cedera parah di kepala manakala seorang lagi penumpang hadapan, K. Saranrao, 18, cedera parah di kaki.

Dua lagi yang parah ialah pasangan suami isteri yang juga pemandu dan penumpang kereta Honda City terbabit iaitu Lim Kok Kean, 26, dan isterinya Ong Siew Hua, 25.

Md Zukir berkata kejadian berlaku apabila kereta Proton Wira yang datang dari arah Taman Keladi menuju ke arah Taman Berangan dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lagi kereta.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. 

Kemalangan Maut

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain