suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Laporan Polis Pertemuan Nurul Izzah-Jacel Kiram

PETALING JAYA: Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis terhadap Nurul Izzah Anwar susulan pertemuannya dengan anak perempuan Sultan Sulu yang sebelum ini pernah merancang pencerobohan ke atas Sabah.

Laporan itu dibuat Yuktes Vijay di Balai Polis Klang terhadap anak Anwar pada Jumaat.

Beliau mahu perkara itu disiasat untuk memastikan kejadian di Lahad Datu tidak berulang.

Gambar Nurul Izzah bersama Jacel H Kiram Hasam di mana bapanya mengarahkan 200 lelaki menyerang Sabah pada 2013 sambil memegang poster "Segera Bebaskan Anwar" telah menjadi viral.

"Walaupun bapanya di belakang pencerobohan Lahad Datu, tidak dapat dinafikan Jacel mempunyai niat yang tidak baik kerana mahu memisahkan Sabah daripada Malaysia.

"Bukan itu sahaja, tuntutan terhadap Sabah adalah antara janji menerusi manifesto pilihan rayanya untuk memenangi jawatan Senator di negaranya," kata Yuktes lagi.

Bagaimanapun, Nurul Izzah mempertahankan tindakannya itu dengan memberitahu bahawa ia diatur pihak berkuasa Filipina.

Naib Presiden PKR itu berkata, beliau ke negara jiran itu bersama Ahli Parlimen Batu, Tian Chua sebagai sebahagian delegasi parti itu untuk menemui rakan politik di negara rantau ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain