suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hadi Bidas Guan Eng Tidak Nyata Pendirian Pemecatan Muhyiddin

Abdul Hadi Awang.

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas DAP kerana tidak menyatakan pendirian mereka mengenai penyingkiran bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassim dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Hadi mengkritik Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan berkata PAS tidak seperti DAP kerana sering konsisten dalam kepercayaan mereka.

"Kami tidak seperti DAP. Mereka sering menghentam Tun Mahathir tetapi sekarang mereka menyokong beliau," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Ihtifal di Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman, Tok Jiring, di sini Khamis.

Beliau juga menafikan dakwaan bahawa dilihat cenderung menyokong tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan rombakan Kabinet pada Selasa lalu.

Hadi enggan mengulas mengenai tindakan tersebut dan mahu melihat prestasi menteri dan timbalan menteri yang baharu dilantik.

"Saya tidak cenderung kepada sesiapa. Saya hanya cenderung kepada orang yang boleh menyelesaikan masalah rakyat. Masih terlalu awal untuk menghakimi mereka," katanya.

Abdul Hadi Awang, PAS

Artikel Lain