suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH370: Serpihan 'Hampir Pasti' Dari Boeing 777 - Aziz Kaprawi

Serpihan yang dipercayai komponen sayap pesawat ditemui di Pulau Reunion.

PETALING JAYA: Serpihan yang dipercayai sebahagian komponen pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang ditemui di Pulau Reunion 'hampir pasti' dari sebuah pesawat Boeing 777, kata Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

"Flapreon tersebut adalah sama dengan pesawat Boeing 777. Ia hampir pasti," katanya Timbalan Menteri Pengangkutan itu kepada The Star.

Namun, beliau berkata, kementerian itu masih belum dapat mengesahkan sama ada ia milik MH370 yang hilang sejak 8 Mac tahun lalu.

Katanya, satu pasukan Malaysia sedang dalam perjalanan ke Pulau Reunion untuk mengenal pasti sama ada ia milik pesawat yang hilang itu.

Jika serpihan itu disahkan milik MH370, ia akan menjadi petunjuk pertama mengenai pesawat tersebut yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Pesawat yang berlepas dari Kuala Lumpur menuju Beijing itu membawa 239 penumpang termasuk anak kapal.



Artikel Lain