Mohd Salleh Akan Teliti Perkara Baharu Untuk Diketengahkan Dalam KKMM - Semasa | mStar

Mohd Salleh Akan Teliti Perkara Baharu Untuk Diketengahkan Dalam KKMM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (kiri) dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak (kanan) menunjukkan durian pada gimik perasmian Majlis KenDurian #Sehatisejiwa Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Rabu.

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak akan meneliti perkara-perkara baharu yang dirasakan baik untuk diketengahkan dalam kementerian yang baru diterajuinya.

Untuk itu, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad untuk perbincangan lebih terperinci mengenai hasrat berkenaan.

"Saya adalah seorang pemimpin yang akan mendengar pandangan dan pendapat  daripada semua pihak kerana pada saya yang penting kita kena menilai apakah  kaedah-kaedah baharu yang boleh menentukan pelaksanaan agar dasar dan sebarang  pindaan itu dapat dijalankan dengan sebaik-baiknya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai perancangan awalnya di kementerian itu pada majlis kenDurian@angkasapuri,KKMM (Kementerian Komunikasi dan Multimedia) di Angkasapuri, di sini, Rabu.

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang sebelum ini Menteri Komunikasi dan Multimedia dan menerajui portfolio Pertanian dan Industri Asas Tani mulai hari ini susulan rombakan kabinet semalam, turut hadir bagi memeriahkan majlis itu.Dalam pada itu Mohd Salleh berkata dasar-dasar dan program-program di bawah kendalian menteri terdahulu, Ahmad Shabery akan tetap diteruskan.

"Mungkin dari segi dasarnya tidak ada banyak perubahan tetapi kadang kala mungkin dari segi pendekatannya ada perubahan," katanya.

Mohd Salleh berkata beliau dijangka memulakan tugasnya di KKMM pada minggu hadapan.

Pada majlis berkenaan beliau tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dengan kakitangan KKMM dan melawat gerai-gerai makanan bersempena jamuan Aidilfitri yang turut diadakan.

Terdahulu, hari ini Mohd Salleh bersama-sama barisan menteri dan timbalan menteri baharu mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara.


Mohd Salleh Tun Said Keruak , KKMM

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain